Assalamualaikum.
Blog entry kali ni aku nak ceritakan tentang dua kursus yang kontra bilangan komitmen daripada masyarakat melayu kini.
Zaman sekarang. kahwin muda juga & poligami juga digalakkan. Akan tetapi apakah persepsi pemuda zaman sekarang betul tentang perkahwinan?
Okay mcm ni.. Kahwin muda ni amat digalakkan kerana zaman sekarang yang makin melampau maksiat & jenayah yang melibatkan pemuda sebagai mangsa. Untuk yang suka sangat bercinta & ber'couple', eloklah usaha dengan baik bagi mencapai halal dalam hubungan & cuba perbetulkan niat dalam bercinta. Bercinta kerana suka & nafsu, atau bercinta kerana sayang & inginkan dia menjadi imam/makmum kita yang sempurna di hadapan Allah.
Bak kata ayahanda aku sendiri, bercinta tu salah. Mencintai itu lumrah.
So, kalau nak bercinta tu pastikan niat kita betul. Jangan la pulak kita bercinta syok kemain lagi sampai terjebak dalam maksiat & tak reti nak baiki semula hubungan tu. Baik kaum lelaki mahupun wanita. Sama je.
Alright, antara sebab2 kenapa hubungan tu tak kekal lama (cinta monyet) adalah seperti berikut:
1 --------> Niat : Niat nak bercinta ni kena betul, kalau kita bcinta sebab nk orang semua respect kt kita dapat awek/laki cun atau hensem, baik takyah. Cari yang mana kite tertarik (sebolehnya yg baik), kalau bukan yg baik pun, bimbing la dia ke jalan Allah.
2--------> Selit kn Allah dalam hubungan tu seperti ajak dia solat, skali skala daripada bgayut tu, kn lebih elok sama2 ngaji n btulkan tajwid masing2. Bila keluar, biarlah dengan kawan2 atau kalau berdua pun, jagalah fitrah masing2..tegur dia kalau dia terlepas pandang tentang pakaian dia. Manalah tahu ada tabarruj di sitiu.
3--------> Rendam dlm ais Bila rindukan dia, perbetulkan hati tu supaya rindu kt Allah. Berdoalah kt Allah kalau rindukan dia, jangan kita miss u atau luv u lak dengan dia. Baca doa Nabi Yusuf ni meyh..:
"Ya Allah, sampaikanlah salam rindu ku kepada (nama dia) sehingga aku menjadi kerinduannya"
4--------> Kalau betul cinta, istikarah dulu. Doa n Usaha pastu Tawakal dengan usaha kita & berserah kat Allah. Rebut hati parents masing2, jangan uji sesama pasangan masing2, tapi cuba selidik kelemahan dia & fahami kelemahan itu sebelum usaha untuk ubah.
Okay, cakap pasal cinta ni pulak...mestri dah mula berangan pasal kahwin kan? Nak kahwin skarang ni kena pergi kursus kahwin dulu.
*secara tak sengaje, ayat dah tak formal dah
Kursus kahwin ni penting supaya masing2 berupaya & bersedia untuk langkah ke alam rumah tangga.
TAPI.....
Sebelum nak kejar kahwin tu, cuba teka siapa yang bagi restu kat kita? Cukup tak bakti kita terhadap mereka? Kita mungkin dah bersedia utnuk alam pernikahan, tapi cukup sediakah kita kalau mereka tinggalkan kita nanti?
Jeng..Jeng..Jenggggg!!!!
Pasai pa hang kalut sangat nak pi kawin ni..bukan lari pun pelamin tu.
Sebagai anak yang soleh & solehah, pergilah kursus jenazah dulu. Sekurang-kurangnya, pelajari dulu ilmu dalam menguruskan jenazah terutama kepada kaum lelaki ni nanti. Malu orang tgok Ibu Ayah meninggal tapi tok imam yang uruskan semua. Sekurangnya, kita yang mandikan, kita yang kapan kan Ibu Ayah & kitalah yang baca tahlil tu..
Sebelum Ibu Ayah tinggalkan kita, rasa rasa lepas kahwin nanti rajin tak nak balik kampung tu? Agak2 Ibu Ayah call tanya khabar tu rajin tak nak jawab nanti?
Kalau rajin..baguslah.
Ni haa lagi satu cek nak habaq kt hang pasai kawin ni. Poligami..ya..poligami..hmm
Orang cakap sunat kalau kawin dua, tiga, atau empat ni.. betul ke?
Salah beb.. I mean, kurang tepat..hehe
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 3 :
وَإِنْ
خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا۟ فِى ٱلْيَتَٰمَىٰ فَٱنكِحُوا۟ مَا طَابَ
لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثْنَىٰ وَثُلَٰثَ وَرُبَٰعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ
أَلَّا تَعْدِلُوا۟ فَوَٰحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ
أَدْنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُوا۟﴿٣﴾
“Dan
jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau
empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.”
Maksudnya.. Orang yang nak kawin lebih dari satu ni baguslah kalau mampu. N digalakkan kahwin dengan janda bagi membantu dia teruskan zuriat dia. N untuk orang yang teringin nak kawin sepuluh, dua puluh, tiga puluh ni, sunat untuk dia cuma kawin sampai 4 je. Tu berdasarkan kefahaman aku. Wallahu Alam.
Kesimpulan: Sebelum kita kejar alam pernikahan, fikir sejenak.. Lihat wajah Ibu Ayah tu... agak agak cukup tak bakti kita kat diorang. Diorang dah takde nanti kita doa lagi tak kat diorang. Kalau nak kluarga bahagia, nak anak soleh n solehah, kita pun kena la jadi camtu. Kita hilang bakti kat Ibu Ayah, anak kita nnt mcm mane la.. Mashaa Allah. Allah Maha Adil. So, bak kata orang..kita teman Ibu Ayah, berbakti kat diorang kalau boleh sampai diorang cakap "eh ko ni bedah, taknak kawin ke?? Ibu tgok ko kt umah ni memanjang je.."
Sekian.. Maaf jika ada tersalah info atau kata.
Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا
وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ
وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾
“Wahai
sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan
kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya;
Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan
yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan
silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
Ayat2 alQuran beserta maksud dipetik daripada Syafiqolbu
*gambar2 yang dipaparkan adalah hiasan semata2


betul.. ramai yang belajr bersedia untuk khawin.. tapi untuk matii.. tak ramai bersedia. haha
ReplyDeletebetul.. ramai yang belajr bersedia untuk khawin.. tapi untuk matii.. tak ramai bersedia. haha
ReplyDeleteUntunglah siapa dpt KK kerana boleh d kategori sbg seorang yg beriman dan tahu tujuan hidup. Amat sukar nk cari lelaki yg faham pegangan agama wlaupun namanya islam tetapi cara hidup x seperti org islam cth paling mudah x jaga solat dan waktu azan x hormat berckp x berhenti. Ada yg pergi kursus kahwin buat syarat je yg nk pegi kursus jenazah boleh bilang dgn jari. Alhamdulillah sis jm dh hadir kedua2 kursus ni.
ReplyDelete