FIRST SEGMEN SARA LIYANA : MENCARI SIAPA KASUT KU (Tinta Hati)

azraalyana.blogspot.com/2014/10/first-segmen-sara-liyana.html
Assalamualaikum
Sara Liyana telah lancarkan Segmen ni..
So join la k.. Klik banner untuk view syarat2 nye.
MENCARI SIAPA KASUT KU

Perjalanan bermula sebagai satu kenalan yang tak lama kemudian bertukar
jadi satu persahabatan akrab, ukhuwah yang taliannya tak mudah terputus.
Apatah lagi hilang melainkan ketentuan Allah SWT.

Bermulanya kisah pencarian siapakah kasut itu. Timbul satu lagi persoalan,
mengapa siapa? Mengapa tidak apa atau dimana?

Kasut merupakan pakaian yang paling mudah kotor dengan setiap apa
yang dipijak di atas tanah sebagai simbolik seorang yang menyimpan segala
rahsia dan cerita sebalik personaliti sebenar kita dan merakam pengalaman
bersama dari langkah ke setiap lang berikutnya. Kasut itu mungkin sekali
rakan kita sendiri.

Kasut merupakan pakaian yang melindungi kita dari ketajaman atau kekotoran
sesuatu di atas daratan mahupun permukaan, namun kasut itu sendiri yang menyakitkan
kita dari dalam kerana permukaan dalam kasut, besar lebar kasut itu
serta keselesaan kasut itu sendiri. Kiasan mengenai seseorang yang melindungi
seseorang daripada ancaman atau kesakitan luar baik dari ancaman manusia, fitnah
atau bencana sekalipun dengan izin Allah SWT. Namun dalam perlindungan seseorang itu,
kesakitan tetap akan dirasa apabila kedua duanya menghadapi masalah sesama mereka.

Di situ wujud ego dan perasaan ingin bersendirian sedangkan masing melindungi
masing masing melainkan kedua dua nya mencari kemarahan untuk capai
kepuasan membuat keputusan sendiri.
 Kasut itu mungkin ibubapa atau penjaga kita, ataupun sahabat kita sendiri.

Kasut juga mengikut jejak langkah kita, tidak pula kasut itu langkah sebelah kiri
jika kaki kita langkah sebelah kanan. Tidak pula kasut itu langkah dengan
sendirinya melainkan dengan langkah kita. Erti kata lain, kasut membawa simbolik
seseorang yang mengikut jejak langkah kita walaupun kita tersilap langkah,
walaupun kita langkah dengan baik. Seseorang yang dimaksudkan mungkin sekali
seorang adik, anak, isteri atau sahabat kita sendiri.

Pencarian siapakah kasut itu kali ini merupakan sesorang yang hilang tanpa
sedar atau erti kata lain seseorang yang akrab ukhuwahnya tapi hilang
(semakin kabur) dari hati kita akibat kelalaian masing masing atau salah
satu individu yang secara perlahan menghakis hubungan antara dua
pihak. Langkah demi langkah, kasut yang hilang telah mampu
berdikari dan menghilangkan diri. Langkah demi langkah, sepasang kasut
itu pastinya meninggalkan jejak tapaknya, pencarian itu akan bermula
dengan usaha, harapan, doa dan istiqamah, Inshaa Allah.

Siapakah kasut mu?


 

5 comments: