I'VE DONE MY PART YA ALLAH

I've done my part Ya Allah.
Was it worthful?

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak kongsi tentang erti usaha & tawakal.

Kadang-kadang kiat bertungkus lumus usaha bagai nak rak..
Usaha kemain usaha tapi tak berkesan.
Pernah tak rase?

Okay macam ni.. korang ulang kaji bagai nak rak, tapi keputusan
exam masih tak memuaskan, tak setara dengan gaya pembelajaran kita.

Kadang-kadang kita usaha untuk tawan hati seseorang tapi samapi ke sudah,
dia tetap tak menoleh pandangan kepada kita.

Kita usaha mengekalkan sesuatu supaya sesuatu tu pasti kekal dengan kita,
tapi kita masih terasa kehilangan sesuatu tu.

Pernah tak? Pernah tak?

Baiklah..

#1 Niat

Adakah kita lakukan usaha tu sebab Allah, sebab sesuatu atau sebab kejayaan/diri
kita sendiri?

Kalau sebab Allah, pastinya untuk diti kita gak. Kita belajar supaya peroleh ilmu
bukan semata2 nak dapat keputusan cemerlang. Hargai ilmu tu sebab ada
orang kat luar sana yang tak dapat belajar, terpaksa hidup dalam kejahilan
atau terpinggir dari sumber ilmu. Kadang2 kita usaha untuk mengekalkan hubungan
dengan seseorang, biarlah usaha itu Allah sendiri yang menilai.
Cukup sekadar kita lakukan apa yang kita perlu, selebihnya biar Allah
yang tentukan. Kita cuba tawan hati seseorang, biarlah usaha kita
memadai dengan objektif kita & jangan sesekali over sangat usaha
sebab kita nampak hasilnya bakal jadi kegagalan.

#2 Doa

Kita usaha dengan cara kita sendiri atau nasihat dari orang lain.
Kita berinteraksi sesama manusia untuk menjayakan usaha kita,
tapi kita lupa yang menjayakan hasil tu sebenarnya Allah.
So, lepas usaha tu, kita doa. Doa kt Allah, beritahu Allah yang kita
dah usaha bahagian kita & yang tinggal cuma keputusan Allah
untuk tentukan hasil kita.

#3 Tawakal

Redha & pasrah setelah usaha. Chill kan diri, jangan terlampau memikir
& jangan berfikiran negatif tapi relax & yakin bahawa Allah akan bantu.

*Ayahanda pernah berpesan. Nabi Muhammad lepas turun dari menunggan unta,
Nabi ikat dulu unta tu baru doa supaya unta tu tak lari. Bukan doa tapi tak ikat,
bukan juga ikat tapi tak doa, bukan pula doa dulu baru ikat.

Kat sini aku nak fokuskan yang usaha datang dulu, kemudian doa.
Kalau ikat unta, tapi tak doa, mana tahu ditakdirkan unta tu boleh je terlepas.
Kalau doa tapi tak ikat, secara logiknya unta tu boleh je lari sesuka hati dia.
Kalau doa dulu baru ikat, sementara kita doa tu, unta tu boleh gak lari.
So, ikatlah dulu dengan kemas, jangan tergopoh2, kemudian
baru berdoa & yakin dengan usaha kita tu.



**********************************************************************

Tribute buat si dia:

 Aku dah lakukan bahagian aku & belum tentu bahagian aku tu sempurna.
Walaupun masih rasa & tak tahu kat mana yang tak kena, tapi yakinlah
usaha tak menjanjikan kita berjaya melainkan kita mampu tempuh ujian
(sebagai syarat) yang Allah bagi.

Kau dah lakukan bahagian kau, Inshaa Allah semuanya akan
jadi baik tak lama lagi. Sekejap je lagi, Inshaa Allah hasilnya kan kita temu.

Inshaa Allah. Amin.

*NHBM* 

4 comments:

  1. semuanya dengan izizn allah swt. :)

    ReplyDelete
  2. Terharu pulak Acik baca..betul..macam Kasut cakap...kadang-kadang kita rasa apa yang kita dapat tu tak setimpal dengan apa yang kita lakukan. Serahkan semuanya pada Allah.pastinya kita tidak akan kecewa dengan apa yang ditakdirkan. Buat sehabis baik dalam perhubungan sesama manusia. Andainya Allah dah tetapkan, dia jodoh kita, makanya jangan bersedih. Adalah hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Insya Allah...semuanya akan selamat. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Ralat >>Andainya Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kita .....

      Delete