Segmen Blogger Cergas & Santai


Segmen ini diadakan untuk mengekalkan semangat blogger supaya kekal aktif
& mengukuhkan ukhuwah antara blogger-blogger Malaysia. 

So aq nak jawab soalan orang yang anjurkan segmen ni..

Lagu yang aku suka : 

Regina Spektor - The Call
Too Phat - If I Die Tonight
(wajib faham lirik dia)
Fynn Jamal - Arjunabeta

Movie yang aku suka:


The Great Gatsby
'Tentang seorang jejaka muda yang terkaya
kat Amerika Barat tapi takde sorang pum tahu
siapa dia melainkan rumah & majlis yang dia adakan
besar-besaran setiap tahun.
Ada yang cakap dia waris raja, ada yang cakap
dia pernah ada dalam banyak peperangan,
ada yang cakap dia broker saham,
ada yang cakap dia putera Raja
yang berlajar kat Oxford.. Siapa Gatsby?'

Drama yang aku suka:


Suits

'Kisah seorang anak muda tanpa kelulusan
pelajaran dalam bidang undang-undang
tapi mampu ingat isi buku serta muka surat
& mampu buat kesimpulan dengan cepat
kerana kebijaksaannya, kemudian dilantik
sebagai Penolong Peguam terkenal, Harvey Spekter'

Buku yang aku suka:


Usrah. Ini Semua Poyo!

Buku yang mengisahkan pengalaman
penulis mengenali erti usrah sebenar, teknik usrah
& perspektif manusia sekarang terhadap usrah.

Novel yang aku suka:


Egois - Noorhayati Berahim

Kisah Atia & Fikir yang berkawan
sejak sekolah, kebetulan dapat
kerja tempat sama. Ego dorang tak boleh
bla, taknak ngaku suka sama suka,
sehinggalah jatuh ego tu & tiba2 kawin.


Hikayat Munsyi Abdullah -
Hamzah Hamdani

Kisah Munsyi Abdullah,
pejuang bahasa & kisah dia dari kecil
dengan penuh teladan, so far dia orang
Melayu yang aku paling terpegun dengan
kata-kata hikmat dia tentang ilmu.


Blog yang paling aku suka buka:

Mimbarkata
(Sebab blog ni selain pengalaman, banyak
ilmu yang dikongsi..walaupun aku
terlampau jarang komen, tapi seriously
aku banyak baca ilmiah dari blog ni.)

Cahaya Alam Maya
(Aku ni bukan kaki dengki, tapi dengan dia
ni sorang je aku dengki..memang aku akan
stalk blog dia.. nak buat mcm mna, dialah dia.
Akulah aku.. Kitalah kita. Tapi aku tak
dapat nak lawan blog dia, tak banyak masa
nak blogging mcm dia.)

Acik Watie
(Dia ni aku tak tahu & pelik sgt sbb blog dia hari2
hidup, ntah bila dia tidur pun aku tak tahu la..
Yang penting, bagi aku dialah blogger yang baling
rajin bagi komitmen dalam segmen.)

Etuza
(Blog berlandaskan ilmiah & motivasi
berdasarkan pengalaman sendiri. Aku sanjung
Etuza ni sebab dialah orang yang aku tengok
rajin blogwalking dengan erti blogwalking
tu sendiri. Mana2 blog yang aku usha mesti
ada komen dari dia)

Entri yang paling aku suka dalam blog aku:

 Ada dua, Berani untuk Janji & Segmen Walking with Usrah..
nak link?? hahaha..cari sendri..hehe




No comments:

Post a Comment