PERANTAUAN 1# : BUKIT SAUJANA HIJAU


PERANTAUAN 1#   
BUKIT SAUJANA HIJAU

Bermula dari Presint 11, aku sarung kasut milik Kakak,
berdoa sebelum memulakan langkah.

Nafas kencang seperti zaman gian triathlon dulu sudah lama tidak terasa,
namun setelah langkah lebih dari 100 meter, nafas mula kencang.

Aku cuba mengawal pernafasan sambil mengalih perhatian yang tertumpu kepada nafas supaya
memikir perkara lain daripada memikir nafas yang tercungap cungap. Tak jauh di situ,
trasa langkah demi langkah semakin ringan, betul betul seakan zaman ketika aku masih
gian bertanding dalam Triathlon.



Perjalanan yang memakan jarak hampir 4 kilometer semasa pergi itu berakhir di atas puncak bukit dimana
terdapat pondok seakan akan tirai perkahwinan. Sambil pandang pemandangan Putrajaya di bawah buku lali ku, aku membetulkan pakaian sehingga puas capai keselesaan kedudukan badan.

Perjalanan pulang bermula lebih kurang jam 6.40 petang dan aku tiba di Petronas, beli minuman 7UP sebelum gegas ke rumah untuk sambung kemas pakaian.



Kemungkinan malam ini, atau pagi esok aku akan bertolak ke UiTM Shah Alam.

*Bukit Saujana Hijau - tempat penyutingan muzik video Zizan (Bawa Aku Pergi)

5 comments:

  1. Asalam..wah ini aksi joging, tahnia jaga kesihatan. Tulisan tu agak kecil atau pilih normal, boltkan agar Etuza pastinya yg lain mudah baca info. ..mohon maaf ya..teguran ikhlas dari Etuza. wllahualam..

    ReplyDelete
  2. cantik blog ni gambar Etuza jg turut blur..unik dan inilah kelainan blog Kasut Kusut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran tu Etuza.. sudah perbetulkan,,

      Delete
  3. cantiknya view kat situ. dh lama tak riadah camni, asyik bz jaa, sedih T_T

    ReplyDelete
  4. tahnia ya..biasanya orang yg positif ..pasti berjaya dalam apa juga kerjaya..baik berbelog of course ..

    ReplyDelete